Saturday, October 20, 2012

seminggu sebelum exam

assalamualaikum..

hai, seminggu sebelum exam? sebenarnye dah lame cerita neh, tapi nak buat baru jugak. okay, seminggu sebelum exam semua budak form three sekolah aku (SMK MARAN) kena kurung duduk dekat hostel. seminggu! best kot. ngeee. dapat lha jugak aku merase duduk hostel buat kesekian kali. ramai orang cakap, best duduk hostel, sebab ramai member. yes, aku sokong korang! tak dinafi memang best. tapi kepade sesiape yang sentiase phone kat tangan tu, memang tak digalakkan duduk kat hostel ea.

kiteorang check in (hostel not hotel) hari jumaat. habis plak hari sabtu minggu depan tu. hari selase exam. program tu dinamekan  Program Pasti Cemerlang.. cantik kan? haha. kelas kau!    sampai jep kat sekolah petang tu, aku tengok "banyak giler korang bawak beg! ney nak duduk seminggu ke setaun?!" ade yang bawak bargasi. haha. aku ney cakap kat orang, diri sendiri tak sedar. alah, takde lah sampai bargasi. just beg balik kampung, beg sekolah, beg makanan, beg bantal ngan baju yang siap di "hanger".

iron siap siap bukan sape, budak budak hostel cakap. pantri bukak hanye hari rabu ngan hujung minggu je. giler kau! baju aku ade dua pasang. nak pakai untuk seminggu. haha, redha jep lha. dah siap daftar seme seme tu, warden aspuri buat taklimat. cikgu YAT kau! cikgu paling garang diabad ini. budak budak neh yang cakap.

cikgu kc taklimat tentang hostel ngan bilik. phone phone, camera camera no no no! okay! aku dapat sebilik ngan budak budak yang boley masuk dengan aku. bestt wok. jadual kiteorang memang padat. klau hari cuti, kelas pagi sampai ke malam. petang ade riadah. klau sekolah pom cam tu jugak. kelas sampai malam. okay, malam first memang aku tak boleh tdo. aku tdo sekatil ngan "kacip" aku. syieqah. katil single, tdo berdua. well badan kiteorang kecik. tapi yang buat akut tak bole tdo bukan sebab sempit ke ape, tapi sebab kucing!

pelik kan? tapi tu lha hakikat yang harus diterime. haha. kucing tdo kat kaki aku. mule mule tu memang lena tdo, tapi serius aku cakap, first aku sedar, aku ingat ade "benda" nak kacau aku. yelah,asrama. lumrah ade "benda" tu kan? aku sedar, aku rase ade something duduk atas kaki aku. berbuluuuuu. takot pom takot jugak. tapi aku buat buat berani. aku bangun tengok tengok kucing. sedapnye kau tdo atas kaki akuuuu!

aku kesian tengok kucing tu. aku angkat letak kt bawah. then aku sambung semule tdo. baru jep nak terlelap  kucing tu naik balik atas katil. sampai situ terus aku tak bole tdo. lame jugak lha aku termenung sendiri. sampai lha pukul 5 pagi. siren asrama bunyi untuk bangun. solat  subuh berjemaah. kiteorang lha antare orang orang yang sampai surau awal. bagus kan? haha

tengahari tu, aku call mak guna public. mak cakap petang neh nak datang. nak buat befday adik. mak bawak makanan. mak suruh aku ajak budak budak bilik aku. yelaaa. petang tu memang makan sedap lha aku. haha.
aku siap suruh mak bawak duit syilin banyak banyak. konon nak call mak. tapi, hampeh! bukan call pom. haha. jahat kan aku? alah, aku tau mak pom dah bosan dengar suare aku. mane tak nye. setiap sejam call. last last mak marah. haha. yeellaaa. tak tepon dah lepas neh. 

malam tu, ade "kes". kes gaduh. hmm, malam tu orang lain dah tdo. tapi aku ngan budak budak bilik aku jadi  pengintip. haha. padahnye esok bangun lambat. malam seterusnya pom ade kes. kes kantoi phone ngan rokok. petang hari tu, budak yang gaduh semalam bawak geng kampung nak bertumbuk. kirenye. ade dua geng. satu dari kampung "ney" satu lagi dari kampung "ney". sampai jadi kes polis. ramai cakap, budak lua masuk jep, terus jadi haru asrama.

ikot korang lha nak cakap ape. kesah plak aku! malam kedua akhir tu, ade lagi kes. kes kena kacau. nak tau kena kacau ngan sape? ngan "benda" tu lha. separuh budak dlm bilik aku tu period. nak dijadikan cerita, malam tu, kelas aku (cemerlang, tapi tak cemerlang pom)balik lambat. budak kelas sederhana abes awal. abes jep kelas, aku terus pergi DEMA. *singkatan untuk DEWAN MAKAN. haha. otw nak pergi dema tu, lalu depan bilik aku tu, aku tengok budak budak neh tak masuk lagi bilik tu. syiqah panggil aku. muke cemas jep. 

tapi die tak kc tau ape yang jadi. die soh aku pergi makan dulu. lepas jep selesai aku pergi makan, aku kelus jep dema. aku ade nampak orang kat lua tu, pakai selua putih. tak sure lha orang ke ape. aku cakap "buat terkejut aku jep orang tu!" kat area dema tu ade rumah  guru lame. kat situ memang tempat 'benda' tu. balik jep bilik. aku tengok budak budak neh dah masuk. masuk jep bilik, terus budak budak neh panggil berkumpul kat tengah tengah bilik. budak neh cakap, mase dieorang nak masuk, dieorang nampak 'benda' tu. dieorang yang nampak neh semua period. dieorang nampak, perempuan rambut panjang baju putih kat katil Qillah. katil Qillah kt tepi pintu masuk. sebelah katil aku. kiteorang tdo kat katil bawah.

satu malam tu, ade budak nampak, "benda" tu usap usap perut Qillah. tapi kiteorang tak cite kt Qillah. lepas diorang dah siap cerita tu, aku tnye, sape sape nak pergi tandas jom! takot doe. pergi lha tandas ramai ramai. haa. otw balik dari tandas, syiqah kena sergah ngan budak bilik lain. dah lha die ngan period, takot. budak neh plak sergah die. jerittt ah. nyaris nak pengsan. masuk jep bilik aku tengok, budak neh kumpul kat tengah tengah bilik. ain, member aku duduk baring kat tengah tengah.(demam). malam tu kiteorang bace surah yassin ramai ramai. 

tengah bace tu, member kat tepi aku (anes) tetibe menggigil. aku suruh die baring kat tengah tengah. ttbe, warden datang tanye kenape tak tutup lampu. kiteorang tak kc tau warden hal ney. malas nak menyusahkan. cikgu bawak cikgu yat datang bilik kiteorang. cikgu cakap 'benda' tu nak bergurau jep. abahkau! bergurau! tegak bulu rome aku! malam tu cikgu suh kiteorang rapatkan katil. tido rapat rapat. serius, malam tu memang aku tak dapat tdo. dalam hati tu,selawat jep.

malam esoknye, cikgu buat BBQ untuk form three saje. malam tu tido lambat. terus lupe tentang malam semalam. kebetulan, esoknye cuti. so, happy ar. malam akhir kot. esoknye, ade majlis titisan ilmu. nangis sakan lha budak budak neh. happy pom ade, dapat balik rumahhhhhh. rindu dekat phone! haha.


aku cerita neh bukan ape, just aku nak cakap. aku rindu nak duduk hostel. hahaha.

kbai


terima kasih sudi baca, sayang awok. :)

No comments:

Post a Comment